jom berdoa

jom berdoa

Khamis, 9 Februari 2012

soalan tentang decoupage


SOAL JAWAB TENTANG DECOUPAGE

Decoupage???Tak pernah dengar pun?

Decoupage ialah seni tampal hias yang menggunakan kertas tisu bercorak,kertas bercorak,dan fabric ke atas medium seperti kayu,kaca,plastic,tin dan lain-lain.

Saya tak kreatif,macam mana?

Tidak kreatif tak mengapa yang penting ada minat dan ingin mencuba,idea kreatif anda akan dating dengan sendiri.

Macam mana nak buat dan mana nak beli barang-barang tu?

  • Search internet
  • Beli secara online
  • Kenal pasti barang yang diperlukan dan cari di kedai kraf berdekatan dengan anda.

Apa kegunaan sealer ?

Sealer digunakan sebagai gam dan juga sebagai alas kepada medium supaya cat atau warna latar melekat pada medium.Kata lain menjadikan permukaannya kasar dan cat tidak mudah tanggal.

Apa kegunaan gesso?

Gesso digunakan untuk alas permukaan medium sebelum disapu dengan warna latar dan dapat mengelakkan penggunaan warna latar yang banyak,kata lain menggelakkan banyak warna latar menyerap pada medium..

Kenapa kena sealer satu hala?

Supaya sapuan sealer itu nampak kemas dan tidak mencacatkan permukaan medium.

Siapa yang boleh belajar decoupage ni?

Semua golongan ,dewasa hingga pelajar sekolah rendah dan tidak merbahayakan tetapi memerlukan pengawasan orang dewasa.

Macam mana nak cat perabot atau barang-barang yang besar?

Boleh gunkan cat mengikut kesesuaian medium(cat air atau minyak)ataupun spray colour.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kepada yang sudi memberi komen