jom berdoa

jom berdoa

Khamis, 9 Februari 2012

Tutorial Asas Decoupage


Tutorial asas decoupage

Bahan-bahan:-
·        Medium(papan,kaca,tin,plastic dan lain-lain.)
·        Sealer
·        Gesso
·        Varnish
·        Warna latar belakang(background colour)
·        Kertas tisu bercorak
·        Berus lukisan
·        Tracing paper
·        Carbon paper
·        Gunting
·        Pemadam

Langkah-langkah :-

  1. Sapukan sealer terlebih dahulu di seluruh permukaan dan biarkan kering untuk seketika.

  1. Setelah kering,sapukan gesso untuyk lapisan pertama,dan di ikuti lapisan kedua setelah kering.

Tips : - selain menggunakan berus ,anda juga boleh menggunakan span dan menggunakan teknik dap…pada permukaan medium.

Tips: - Jika Hari panas anda boleh menggunakan sinar matahari untuk pengeringan,tetapi jika mendung atau hujan anda boleh menggunakan hair dryer.

Tips:- Gesso boleh disapu dua hingga tiga kali mengikut kesesuaian medium,ini bertujuan supaya kesan medium tidak kelihatan.

Tips:-  Untuk mendapatkan warna latar yang lembut anda boleh campurkan gesso atau warna latar putih dengan warna terang…kelembutan warna mengikut kreativiti anda.

  1. Anda boleh membuat latar belakang mengikut kretiviti anda seperti,garis lurus,polka dot,shading atau pun frame.

  1. Setelah warna latar belakang anda kering.Kini proses menggunting kertas tisu yang bercorak dan ini menggunakan idea kreativiti anda untuk menampakkan seni hias tampal  ini menarik dan kreatif.

  1. Gunting kertas tisu mengikut motif yang anda suka.


Tips:- Kertas tisu bercorak selalunya terdapat dua atau tiga lapisan, oleh itu,lapisan yang digunakan ialah lapisan terakhir yang mempunyai corak,pastikan anda pisahkan helaian dengan berhati-hati,kerana tisu terlalu nipis dan mudah koyak dan pastikan tngan anda tidak basah.



  1. Setelah itu sapukan sedikit sealer pada pemukaan medium dan tampalkan secara perlahan,sambil itu ambil sealer dan sapukan perlhan di ats kertas tisu tadi bermula dari tengah corak tisu..

  1. Sapukan rata sealer ke atas seluruhan tisu dengan perlahan dan berhati- hati…

Tips:- Jangan menggunakan sealer terlalu banyak ke atas kertas tisu tadi kerana tisu akan terlalu lembab dan mudah koyak.

  1. Biarkan seketika untuk pengeringan dan pastikan ianya betul-betul kering dan elakkan tangan dari tersentuh tisu yang telah di sealer kerana ia akan merosakkan tisu tadi.

  1. Setelah kering,jika anda ingin menambah perkataan,gunakan tracing paper yang telah ada tulisan lekatkan pada medium dan lakar di atas kertas karbon.

Tips : - Jika anda tiada word art  tracing,print tulisan dan trace ke atas kertas tracing,kemudian set di atas medium dan lekatkan sedikit selotip kertas,kemudian potong kertas karbon sekadarnya mengikut tulisan anda.

Tips: - Kenapa perlu potong kertas karbon?supaya tangan anda tidak menekan kertas karbon dan mengotorkan medium terlalu banyak.

       10.  Kemudia lakarkan semula menggunakan berus 0-2 atau permanent marker untuk mendapat kekemasan tulisan. Dan padamkan kotoran yang melekat dari kertas karbon menggunakan pemadam yang bersih.

  1. Setelah itu,sapukan varnish untuk menjadikan decoupage ini tahan lama dan nampak berkilat serta cantik di pandang.

Tips:-Sapuan varnish mestilah sehala dan jika ingin ulang sapuan varnish pastikan ianya betul- betul kering.

Tips:- Anda juga boleh menggunakan spray clear untukkan menggantikan varnish.

Itu serba sedikit tentang asas seni hias tampal(decoupage).









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kepada yang sudi memberi komen